Thursday, March 14, 2019

PELANCARAN NILAM 2019


PELANCARAN NILAM 2019

SJKC CHOONG HUA, BANTING

NAMA SEKOLAH            : SJKC CHOONG HUA
KOD SEKOLAH               : BBC 1035
ALAMAT SEKOLAH        : 517, JLN SULTAN ALAM SHAH, 42700 BANTING.
PKG                                    : PKG BANTING
DAERAH                            : KUALA LANGAT
TARIKH                              : 25 Februari 2019
MASA                                 : 7.15 a.m. – 8.30 a.m.

Pelancaran Nilam dilaksanakan dengan lancarnya pada 25 Februari 2019 (7.15 a.m. – 8.30 a.m.). Semua guru dan murid dikumpulkan semasa perhimpunan sekolah SJKC CHOONG HUA untuk menjalankan pelancaran HaNIS. Guru besar memberikan ucapan kepada semua warga sekolah tentang maksud nilam dan menggalakkan semua murid untuk mengamalkan sikap ingin membaca di mana jua mereka berada. Amalan membaca amat penting bagi murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan. Murid-murid perlu mengisi masa lapang mereka dengan membaca buku, surat akhbar, majalah dan lain-lain yang berkenaan. Selain itu, murid yang banyak membaca akan memanfaatkan mereka sendiri.

Pihak sekolah dapat mengundang Ibu Penyayang, Ang Lee Siang untuk menjadi perasmi bagi HaNIS 2019. Beliau menyeru agar murid-murid dapat meningkatkan ilmu mereka dengan membaca. Justeru, beliau menggalakkan  murid-murid menyertai Program Bercerita oleh Ibu-ibu penyayang. Program ini diadakan pada setiap hari Jumaat waktu rehat tahap I dan tahap II.

Aktiviti penggambaran dalam pelancaran nilam dijalankan. Semoga aktiviti ini dapat memupuk minat murid-murid untuk membaca seterusnya meningkatkan prestasi kurikulum mereka.


Guru Besar, Lim Yeat Ngo memberi ucapan dalam perasmian HaNIS 2019.

Ibu Penyayang, Ang Lee Siang memberi ucapan kepada murid-murid.

Banner Pelancaran HaNIS 2019.

Pemberian sijil penghargaan dan cenderahati kepada perasmi, Ang Lee Siang.

No comments:

Post a Comment